20 February 2009

KeISTiMEwaan Mu

Malam ini.
Sayang...
Ibu rindukan sayang sangat. Terngiang-ngiang suara sayang memanggil-manggil ibu..ibu..ibu..
Selagi ibu tidak menjawab 'ya sayang' sayang tetap memanggil ibu tanpa jemu. Lembut, lunak dan syahdu suara sayang ibu dengar. Ibu merasa bangga mempunyai seorang anak seperti sayang. Sayang merupakan seorang anak yang pintar, cergas, lasak, nakal dan penghibur sehinggakan semua orang sayangkan sayang. Ditambahkan keletahan sayang yang bersahaja membuatkan semua orang merindui dirimu sayang.

Sayang...
Bila ibu imbas kembali saat-saat ibu disahkan mengandungkan sayang, Abi Hussin telah hadiahkan buku amalan semasa mengandung kepada ibu untuk diamalkan. Didalam buku itu terkandung Surah Yaasin, surah At-Taubah, surah Yusuf(anak cantik), surah Luqman(anak pintar), surah Maryam(mudah bersalin) dan panduan menyambut cahaya mata. Surah-surah ini disarankan oleh Abi Hussin kerana ianya mempunyai fadilat tersendiri. Sepanjang kandungan ibu dari sebulan - sembilan bulan ibu tidak jemu mengamalkan surah tersebut. Buktinya ternyata ibu memiliki sayang dengan kelebihan tersendiri.

Sayang...
Ibu merasa syukur kepada Ilahi kerana sepanjang sayang bersama ibu, ibu dapat mengajar sayang mengucap kalimah syahadah, mendirikan solat, mengambil wuduk, membaca al-quran, mendendangkan lagu-lagu berunsur nasihat, lagu doa makan, lagu amalan harian dan banyak lagi. Sepanjang proses pembelajaran, ibu lihat sayang cepat memperolehi ilmu tersebut. Lapang dada ibu... Tenang jiwa ibu.. Doa dan harapan ibu terletaknya pada sayang supaya menjadi anak yang solehah dan sentiasa menjaga kehormatan diri dan tidak mempersiakan pengorbanan ibu selama ini.
ya sayang
'
'
'

No comments:

Post a Comment