27 July 2009

Hidup INI BaNyak UjiAn Dan DuGaan

Pada jam 6.45petang, hari isnin, bertarikh 27.07.09 aku bersama-sama along singgah di KFC Seberang Jaya. Entahla tiba2 aku rasa lapar yang teramat sangat. Memandangkan tempat itu mempunyai pelbagai kemudahan aku mengambil keputusan untuk singgah disitu. Tujuan utama nak makan, kedua ambil duit kebetulan aku akan menghadiri kursus PTK anjuran KPM. Setibanya aku diperkarangan tempat letak kereta diantara KFC dan Petronas aku dikejutkan dengan seorang pemuda dalam linggungan umur lewat 30an datang menerpa kearahku dan along. Aku tiba2 terpaku dan terus keluarkan 3 keping duit RM1 dan berikan kepada pemuda itu, dalam hatiku pemuda itu akan terus beredar sekiranya sudah mendapat imbuhan tetapi sebaliknya. Pemuda itu menyatakan dia bukan peminta duit tetapi ingin menjual keropok bagi menampung hidupnya. Terkedu aku dibuatnya sambil diperhatikan oleh along disisi.

Pada dasarnya bukan niat aku ingin memandang serong terhadapnya tepi cara pakaian, serbuannya terhadap kami membuatkan aku panik, atas tujuan ingin menyelakkan berlakunya perkara yang tidak diingin. Tambahan pulak keluargaku sentiasa berpesan jaga diri memandangkan sudah banyak orang terkena dengan ilmu pukau.

Bila pemuda itu beredar tanpa ambil duit yang aku berikan terdetik dihatiku masih ada orang yang sanggup mencari hasil pendapatan yang halal walaupun kehidupannya miskin. Bila terkenangkan nasib pemuda itu, alangkah bertuahnya nasib aku daripadanya. Walaupun aku diuji cuma sedikit sahaja berbanding dengan dirinya. Aku masih mempunyai anak, keluarga, kawan2 yang memberi semangat kepada diriku. Bagaimana pulak sekiranya aku berada ditempatnya mungkin aku akan memberontak.

Terima Kasih Ya Allah, Kau telah memberi kekuatan kepadaku dan anakku.