29 August 2009

KEPULANGAN YANG DINANTIKAN

Alhamdulillah syukur kepada Allah... penantian selama ini berakhir dengan kegembiraan dan kebahagian. Pada 11 september 2009 bersamaan 21 ramadan 1430 anak kesayanganku telah kembali kepangkuan. gembiranya dihati.
Benar kata2 sanak-saudara, rakan2 bulan ramadan segala yang dihayati akan diperolehi sekiranya kita benar2 mohon kepada yang Maha Esa.

18 August 2009

KELAHIRAN SEPUPU DANIA

16 Ogos 2009, bersamaan 25 Syaaban 1430 kelahiran Nur Amira Batrisya anak adikku pada pukul 12.44 tgh. Sekarang Dania ada sepupu baru. Wajahnya seiras Dania & Shafinas anak abang sulongku. wah, sekarang cucu Wan ismail dan mak tok zizah dah ramai. Bila dihitung sudah mencecah 8 orang cucu (6 perempuan 2 lelaki). Raya tahun ini akan bertambah meriah.
Ibu harap sayang ibu dapat beraya bersama ibu ye....
Semua nantikan sayang....

14 August 2009

KEDATANGAN BULAN RAMADHON YANG MULIA

14 Ogos 2009, Jumaat bersamaan dengan 23 Syaaban 1430, hanya tinggal lagi seminggu umat islam akan menyambut bulan puasa. Unit Pendidikan Islam di tempat kerjaku telah mengadakan Program Di Ambang Ramadhon. Penceramah datang khas daripada Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, Jitra bernama Tn Syeikh Ahmad Faisol bin Hj Osman.
Sebelum ceramah diadakan semua kakitangan Jabatan Pelajaran di kehendaki membaca Yassin bagi menyelak penularan H1N1 yang semakin meningkat. Aku mengambil kesempatan bacaan dan doa daripada Al Fadzil Ustad Sobri menadah tangan berdoa agar anakku Dania Amani kembali kepadaku. Sudah lama aku beruasaha dan bersabar mudah-mudahan Allah Taala mempekenalkan permintaanku.
Hatiku sayu....
Tidak henti2 aku tetap setia mengatakan anakku pasti dapat berhari raya bersama denganku.
Pada jam 9.00pg cemarah bermula. Pada mulanya bila melihat orang yang akan memberikan ceramah, dilihat dari fizikalnya macam bersahaja aje. Bermain2 difikiranku. Adakah ceramahnya menyeronokkan atau sebaliknya. Rupa2nya pada ceramah yang disampaikan tidak menjemukan semua yang hadir memberi tumpuan dan gelak tawa. Pandai Tn Syeikh Ahmad Faisol menarik perhatian peserta. Banyak manfaat dan ilmu2 berguna tentang puasa( amalan, kebaikan) kami semua perolehi. Tidak dapat aku lupakan setiap ilmu yang diberikan akan aku manfaatkan sebaiknya seperti mana kata-kata Nabi Muhammad "tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahat"

12 August 2009

TakLiMat PinjAman PeruMAhan

Hotel Cititel Penang, 12 Ogos 2009. aku bersama sahabatku dayang telah diarahkan oleh Puan Maizon pegawai kanan unit aku untuk menghadiri taklimat pinjaman perumahan. Pada mulanya aku menjangkakan peserta yang hadir terdiri daripada staf pelajaran. Tekaanku meleset sama sekali, rupa2nya banyak jabatan yang terlibat diantaranya Jabatan Tanah, PDC, MSN, SUK, Mahkamah, JPS, Pemaju dan sebagainya. Wah... seronok sungguh dapat berkenalan dengan ramai peserta.

Gembira rasanya dihatiku sekian lama telah aku tunggu untuk menghadiri taklimat tersebut akhirnya tercapai juga impianku. Tujuannya aku ingin mendalami ilmu tersebut, memandangkan guru2, kawan2 dan mak saudaraku seringkali bertanyakan hal berkaitan perumahan kepada ku. kadang2 rasa geram kerana tidak dapat menjelaskan sepenuhnya kepada mereka. ilmu yang adapun sedikit sangat. Hasil penerangan sahabat baikku dahulu Puan Norhaliza Khalid.

Alhamdullilah aku berasa sungguh bangga. Penerangan daripada Tuan Haji Rahman bin Ahmad(perumahan), Tuan Adam bin Samsudin sangat jelas dan mudah difahami. Aku bertambah gembira kerana dapat menjawab soalan yang diberikan oleh penyelaras ATIQA Takaful, hasilnya aku mendapat hadiah "FRIME bunga" sangat cantik dilihat.. sekarang aku semakin berani untuk bertanya. Soalan demi soalan aku telah lontarkan kepada Haji Rahman. Aku semakin puas sekarang masalah mak saudaraku telah aku ketahui. Rupa2nya banyak perkara yang kita perlu ketahui sebelum membuat sesuatu pinjaman ajar kita tidak mudah ditipu oleh orang..