22 February 2009

MeMOri SilAM

Sayang,
Ibu merindui dirimu dikala ini,
Bila terkenangkan dirimu, ibu hanya dapat menatap gambarmu sayang. Terkenang saat-saat kita bersama. Kadang-kadang difikirkan alangkah bagusnya sayang masih berada didalam kandungan ibu. Kita tidak akan dipisahkan. Seperti sekarang. Tapi apakan daya sudah ditakdirkan kita terpisah seketika. Mungkin ada sebabnya. Sabarlah sayang.

Sayang
Mengimbau kenangan dulu ketika mengandungkan sayang, rezeki ibu semakin bertambah. Ibu dapat menyertai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja(KMK) Jabatan Pelajaran, ibu merupakan insan yang terpilih. Melalui kumpulan ini ibu dapat mempelajari banyak ilmu sayang. Hatta, ibu dapat melawati negeri-negeri yang tidak pernah ibu sampai di sana terutamanya Negeri Kelantan, Terengganu, Pulau Langkawi, Bali Indonesia dan hotel-hotel yang menarik. Tuah sayang menyababkan Kumpulan ini memenangi tempat pertama 2 tahun berturut-turut. Sehinggakan ahli kumpulan ini memanggil sayang anak KMK.
'
Sayang
Dengan kemenangan itu, kami telah dihadiahkan menjadi pemerhati ICQCC 2008 di Discovery Kartika Plaza Hotel Bali keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh KPM. Masa itu sayang berumur 5 bulan kandungan. Ibu bangga dapat membawa sayang bersama.
'
'
'

21 February 2009

Penawar Dari Al-Quran..

'
"Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik."
"Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;"
"Kerana sesungguhnya disisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang,"
{Surah Muzzammil: ayat 10-12}
'
Surah ini aku dapat melalui mimpi, bila aku terjaga, aku cuba berfikir sejenak dan aku terus mencari buku tafsiran al-quran untuk mencari isi kandungannya. Bila aku amati dan hayati isi kandungannya terdetik dihatiku sungguh AGUNG kekuasaan MU Ya Allah. Didalam aku lemah menerima ujianMu Engkau telah menyuntik semangatku untuk dekat denganMU.
'
Ayat 10-12 memberi kesan yang mendalam dihatiku, dimana aku diuji dengan ujian yang paling berat dalam hidupku, aku buntu, aku bertindak melulu tapi setelah aku baca berulang kali surah ini, hatiku terpaku, air mataku berlinangan, terbukti persoalan yang aku cari sudah terjawab.
'
'
'

LUaHAN RaSa

Ya Allah

Syukur kehadhiratMu,
Engkau telah memberi kekuatan, kesabaran dan tabah menghadari ujianMu
Seketika dahulu aku lemah, seringkali menangis
Mengenangkan nasibku dan anakku pada masa akan datang
Tapi kini aku pasrah dan redho dengan ketentuanMu
Aku semakin bersemangat dan kuat menghadapinya
Kekuatan ini datangnya dari keredhoanMu
Dan hasil daripada doa semua orang disekelilingku
Aku yakin ada rahmat sebalik kejadian ini
Akan ada sinar kebahagian yang abadi

Sekarang aku mengerti
Bila terjadinya sesuatu musibah
Semakin aku dekat denganMu
Semakin aku tenang
Semakin aku kuat
Semakin bertambah ikatan siraturrahim sesama manusia
Semakin dekat dengan anakku
Semakin akrab ikatan kekeluargaanku
Semakin bertambah rezekiku
Semakin bersemangat aku mengejar cita-citaku

Ya Allah..
Terima kasih
Segala-galanya
'
'
'

20 February 2009

KeISTiMEwaan Mu

Malam ini.
Sayang...
Ibu rindukan sayang sangat. Terngiang-ngiang suara sayang memanggil-manggil ibu..ibu..ibu..
Selagi ibu tidak menjawab 'ya sayang' sayang tetap memanggil ibu tanpa jemu. Lembut, lunak dan syahdu suara sayang ibu dengar. Ibu merasa bangga mempunyai seorang anak seperti sayang. Sayang merupakan seorang anak yang pintar, cergas, lasak, nakal dan penghibur sehinggakan semua orang sayangkan sayang. Ditambahkan keletahan sayang yang bersahaja membuatkan semua orang merindui dirimu sayang.

Sayang...
Bila ibu imbas kembali saat-saat ibu disahkan mengandungkan sayang, Abi Hussin telah hadiahkan buku amalan semasa mengandung kepada ibu untuk diamalkan. Didalam buku itu terkandung Surah Yaasin, surah At-Taubah, surah Yusuf(anak cantik), surah Luqman(anak pintar), surah Maryam(mudah bersalin) dan panduan menyambut cahaya mata. Surah-surah ini disarankan oleh Abi Hussin kerana ianya mempunyai fadilat tersendiri. Sepanjang kandungan ibu dari sebulan - sembilan bulan ibu tidak jemu mengamalkan surah tersebut. Buktinya ternyata ibu memiliki sayang dengan kelebihan tersendiri.

Sayang...
Ibu merasa syukur kepada Ilahi kerana sepanjang sayang bersama ibu, ibu dapat mengajar sayang mengucap kalimah syahadah, mendirikan solat, mengambil wuduk, membaca al-quran, mendendangkan lagu-lagu berunsur nasihat, lagu doa makan, lagu amalan harian dan banyak lagi. Sepanjang proses pembelajaran, ibu lihat sayang cepat memperolehi ilmu tersebut. Lapang dada ibu... Tenang jiwa ibu.. Doa dan harapan ibu terletaknya pada sayang supaya menjadi anak yang solehah dan sentiasa menjaga kehormatan diri dan tidak mempersiakan pengorbanan ibu selama ini.
ya sayang
'
'
'

Mutiara Kata

'
"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bulan sekadar untuk ketawa, Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata".
'
Kata-kata ini sering menjadi pembakar semangatku bila aku menghadapi ujian yang berat berjauhan daripada anak kesayanganku dania amani.
'
Sayang sentiasa dihati ibu..
'
'
'

KHAS buat IBU Tercinta

Ibu..
bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
'
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu
'
Ibu..
Kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
'
Ibu..
kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
'
Kasihanilah, Tuhan..
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
'
'
'

18 February 2009

Hari Yang Bahagia..

Hari yang cukup mengembirakan aku apabila aku dapat memiliki anakku kembali pada tarikh 23 November 2008. Aku banyak menghabiskan masa terluangku bersama anak kesayanganku dania amani. Kami pergi ke Taman Rama-rama di Penang bersama dengan keluargaku dan keluarga kakak iparku. Dania cukup gembira ketika sempai di kawasan Taman Rama-rama terdapat banyak rama-rama yang jinak hinggap dibadan anakku. Aku suka senyumannya. Hatiku terdetik seketika syukur kepada Allah, kerna aku telah dikurniakan seorang anak yang cantik, cerdik, pintar, cergas dan petah bercakap. walaupun pelbagai ujian dan dugaan yang aku hadapi tetapi kehadirannya dalam hidupku dapat menguatkan semangatku untuk dekatkan diriku kepada Allah. Daniaku sukakan ikan, kebetulan didalam Taman Rama-rama terdapat kolam ikan yang besar. ikan-ikan yang kelihatan semuanya besar-besar belaka. dania menjerit gembira melihat ikan-ikan berenang kearahnya... aku cuba membawanya melihat kala jengking, cicak hutan, rama-rama yang telah dikeringkan dan bermacam lagi. melihat gelagat dania aku gembira sekali.semua sanak- saudaraku sayangkan dania, anakku comel.
Malamnya pulak aku dan family membawa dania menikmati keindahan malam di 'PESTA PENANG' riuh rendah suasana disana terumatanya di kawasan mainan. pelbagai jenis mainan yang ada diantaranya buaian pusing, top gun, keretapi. rumah hantu, kereta laga dan banyak lagi tak terkira ramainya manusia yang meminati permainan ini tak ketinggalan jugak anakku dania amani. dialah orang pertama dikalangan familyku yang 'petrify'. semua mainan dia nak main, tengoklah gambar diatas siap melambai tangan lagi. comelkan dania naik kuda kepang.
'
'
'

17 February 2009

KELAHIRAN PUTERI HATI IBU

Puteriku Sayang..

Gambar ini diambil ketika hari ke 2 dania pulang dari Hospital Seberang Jaya ke rumah mak tok azizah. Time 2 dania suka tidur, ibu bagitau dania diserang penyakit kuning. Penyakit ini sentiasa terjadi kepada bayi baru lahir, jadi dania tidak terkecuali. ibu kata doktor maklum kepada ibu setiap bayi yang baru lahir mengalami masalah ini disebabkan oleh percampuran darah, sementara darah baru terhasil maka terjadikan penyakit kuning. Dania mengalami penyakit ini selama sebulan lebih. peningkatan suhu badan tinggi dan warna kuning pada badan dania meningkat mencecah daripada 180- 250 c'. Disebabkan berat badan dania pada masa itu 3.2-3.6kg dania terselamat daripada tinggal di Hospital Seberang Jaya.
kesian kepada ibu, time tu dania tidak ada mood nak hisap susu ibu. Ibu mengalami masalah bengkak payudara yang serius.

Maafkan dania ibu..
'
'
'

Taman Rama-rama

Percutian yang indah. Lokasi di Taman rama-rama, dania bersama ibu, shazani dan mak wa bergambar berlatar belakangkan tumbuh-tumbuhan hijau. cantikkan... inilah Taman Rama-rama pertama kali dania jejaki. pada mulanya dania takut melihat banyak rama-rama yang hinggap di pokok-pokok sekeliling menghisap madu tapi lama kelamaan ketakutan dania hilang keberanian mula muncul.. sampaikan ibu tak dapat nak kejar dania.
Riuh rendah dibuatnya perangai dania dan shazani kedua-dua kami petah bercakap banyak persoalan yang timbul, pening kepala ibu dan mak wa melayan kami berdua. Seronoknyaa..
'
'
'

16 February 2009

GeNap 7 hArI CuKur RaMBut

Anakku dilahirkan pada tanggal 11 April 2007, hari Rabu bersamaan 23hb Rabiulawwal 1428M jam 3.15 petang di Hospital Seberang Jaya. Aku sangat teruja menantikan saat-saat kelahiran anakku. Tambahan pulak anak ini banyak memberikan sinar kekuatan dan ketabahanku dalam meniti liku-liku kehidupan. Aku namakan anakku Dania Amani bermaksud hampir ketenanganku.
'