ingatlah selagi ibu dn bapa masih brnafas di muka bumi ALLAH ini…SAYANGI mereka..kerana pabila mereka telah kembali ke alam baqa’..tiada guna untuk merintih dan menyesal…
"cerita ini banyak memberi erti dlm hidupku ditambahkan sekarang aku telah menjadi ibu.. baru aku mengerti sebuah pengorbanan"15 October 2009
CeRiTa TelaDan
29 August 2009
KEPULANGAN YANG DINANTIKAN
Benar kata2 sanak-saudara, rakan2 bulan ramadan segala yang dihayati akan diperolehi sekiranya kita benar2 mohon kepada yang Maha Esa.
18 August 2009
KELAHIRAN SEPUPU DANIA
14 August 2009
KEDATANGAN BULAN RAMADHON YANG MULIA
12 August 2009
TakLiMat PinjAman PeruMAhan
Gembira rasanya dihatiku sekian lama telah aku tunggu untuk menghadiri taklimat tersebut akhirnya tercapai juga impianku. Tujuannya aku ingin mendalami ilmu tersebut, memandangkan guru2, kawan2 dan mak saudaraku seringkali bertanyakan hal berkaitan perumahan kepada ku. kadang2 rasa geram kerana tidak dapat menjelaskan sepenuhnya kepada mereka. ilmu yang adapun sedikit sangat. Hasil penerangan sahabat baikku dahulu Puan Norhaliza Khalid.
Alhamdullilah aku berasa sungguh bangga. Penerangan daripada Tuan Haji Rahman bin Ahmad(perumahan), Tuan Adam bin Samsudin sangat jelas dan mudah difahami. Aku bertambah gembira kerana dapat menjawab soalan yang diberikan oleh penyelaras ATIQA Takaful, hasilnya aku mendapat hadiah "FRIME bunga" sangat cantik dilihat.. sekarang aku semakin berani untuk bertanya. Soalan demi soalan aku telah lontarkan kepada Haji Rahman. Aku semakin puas sekarang masalah mak saudaraku telah aku ketahui. Rupa2nya banyak perkara yang kita perlu ketahui sebelum membuat sesuatu pinjaman ajar kita tidak mudah ditipu oleh orang..
27 July 2009
Hidup INI BaNyak UjiAn Dan DuGaan
Pada dasarnya bukan niat aku ingin memandang serong terhadapnya tepi cara pakaian, serbuannya terhadap kami membuatkan aku panik, atas tujuan ingin menyelakkan berlakunya perkara yang tidak diingin. Tambahan pulak keluargaku sentiasa berpesan jaga diri memandangkan sudah banyak orang terkena dengan ilmu pukau.
Bila pemuda itu beredar tanpa ambil duit yang aku berikan terdetik dihatiku masih ada orang yang sanggup mencari hasil pendapatan yang halal walaupun kehidupannya miskin. Bila terkenangkan nasib pemuda itu, alangkah bertuahnya nasib aku daripadanya. Walaupun aku diuji cuma sedikit sahaja berbanding dengan dirinya. Aku masih mempunyai anak, keluarga, kawan2 yang memberi semangat kepada diriku. Bagaimana pulak sekiranya aku berada ditempatnya mungkin aku akan memberontak.
Terima Kasih Ya Allah, Kau telah memberi kekuatan kepadaku dan anakku.
17 May 2009
15 May 2009
25 April 2009
11 April 2009
Selamat Ulangtahun Kelahiran yang Ke-2 Anakku Sayang..
09 April 2009
Lirik lagu GEMURUH
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
'
'
'
24 March 2009
DON'T BE SAD / JANGAN MENANGIS
Terpegun aku melihat caver buku tersebut, sangat cantik bewarna kuning berlatar belakang bunga teratai, sangat mengasyikkan, tenang hatiku. tak jemu aku pandang. bila aku membuka dan melihat isi kandungan buku tersebut hatiku bertambah teruja dan terpesona dengan kata-kata penulis tersebut. Penulis buku ini asalnya dari Indonesia. Setiap hari aku akan membaca dan menghayati bait-bait puisi dan ungkapan-ungkapan indah membuatkan hatiku semakin bersemangat untuk berusaha, berdoa dan tawakal.
Banyak pengajaran dan iktibar dari cerita-cerita zaman nabi dan zaman sekarang sebagai panduan pembakar semangatku. Kata-kata yang tersemat dalam ingatanku "MASA KEHIDUPANKU HANYA PADA HARI INI" kata-kata ini banyak mengajar aku erti menghargai masa mengingati Allah dalam keadaan senang dan susah. Aku menjadikan ianya sebagai perinsip hidupku. Prinsip inilah yang akan menyibukkan diriku setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, sekaligus akan berusaha meningkatkan mutu kerja
'
'
'
09 March 2009
PESANAN TERAKHIR RASULULLAH S.A W.
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia tidak berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
03 March 2009
UJIAN MELANDA
22 February 2009
MeMOri SilAM
Ibu merindui dirimu dikala ini,
Bila terkenangkan dirimu, ibu hanya dapat menatap gambarmu sayang. Terkenang saat-saat kita bersama. Kadang-kadang difikirkan alangkah bagusnya sayang masih berada didalam kandungan ibu. Kita tidak akan dipisahkan. Seperti sekarang. Tapi apakan daya sudah ditakdirkan kita terpisah seketika. Mungkin ada sebabnya. Sabarlah sayang.
Sayang
Mengimbau kenangan dulu ketika mengandungkan sayang, rezeki ibu semakin bertambah. Ibu dapat menyertai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja(KMK) Jabatan Pelajaran, ibu merupakan insan yang terpilih. Melalui kumpulan ini ibu dapat mempelajari banyak ilmu sayang. Hatta, ibu dapat melawati negeri-negeri yang tidak pernah ibu sampai di sana terutamanya Negeri Kelantan, Terengganu, Pulau Langkawi, Bali Indonesia dan hotel-hotel yang menarik. Tuah sayang menyababkan Kumpulan ini memenangi tempat pertama 2 tahun berturut-turut. Sehinggakan ahli kumpulan ini memanggil sayang anak KMK.
21 February 2009
Penawar Dari Al-Quran..
LUaHAN RaSa
Ya Allah
Syukur kehadhiratMu,
Engkau telah memberi kekuatan, kesabaran dan tabah menghadari ujianMu
Seketika dahulu aku lemah, seringkali menangis
Mengenangkan nasibku dan anakku pada masa akan datang
Tapi kini aku pasrah dan redho dengan ketentuanMu
Aku semakin bersemangat dan kuat menghadapinya
Kekuatan ini datangnya dari keredhoanMu
Dan hasil daripada doa semua orang disekelilingku
Aku yakin ada rahmat sebalik kejadian ini
Akan ada sinar kebahagian yang abadi
Sekarang aku mengerti
Bila terjadinya sesuatu musibah
Semakin aku dekat denganMu
Semakin aku tenang
Semakin aku kuat
Semakin bertambah ikatan siraturrahim sesama manusia
Semakin dekat dengan anakku
Semakin akrab ikatan kekeluargaanku
Semakin bertambah rezekiku
Semakin bersemangat aku mengejar cita-citaku
Ya Allah..
Terima kasih
Segala-galanya
'
'
'
20 February 2009
KeISTiMEwaan Mu
Ibu rindukan sayang sangat. Terngiang-ngiang suara sayang memanggil-manggil ibu..ibu..ibu..
Selagi ibu tidak menjawab 'ya sayang' sayang tetap memanggil ibu tanpa jemu. Lembut, lunak dan syahdu suara sayang ibu dengar. Ibu merasa bangga mempunyai seorang anak seperti sayang. Sayang merupakan seorang anak yang pintar, cergas, lasak, nakal dan penghibur sehinggakan semua orang sayangkan sayang. Ditambahkan keletahan sayang yang bersahaja membuatkan semua orang merindui dirimu sayang.
Sayang...
Bila ibu imbas kembali saat-saat ibu disahkan mengandungkan sayang, Abi Hussin telah hadiahkan buku amalan semasa mengandung kepada ibu untuk diamalkan. Didalam buku itu terkandung Surah Yaasin, surah At-Taubah, surah Yusuf(anak cantik), surah Luqman(anak pintar), surah Maryam(mudah bersalin) dan panduan menyambut cahaya mata. Surah-surah ini disarankan oleh Abi Hussin kerana ianya mempunyai fadilat tersendiri. Sepanjang kandungan ibu dari sebulan - sembilan bulan ibu tidak jemu mengamalkan surah tersebut. Buktinya ternyata ibu memiliki sayang dengan kelebihan tersendiri.
Sayang...
Ibu merasa syukur kepada Ilahi kerana sepanjang sayang bersama ibu, ibu dapat mengajar sayang mengucap kalimah syahadah, mendirikan solat, mengambil wuduk, membaca al-quran, mendendangkan lagu-lagu berunsur nasihat, lagu doa makan, lagu amalan harian dan banyak lagi. Sepanjang proses pembelajaran, ibu lihat sayang cepat memperolehi ilmu tersebut. Lapang dada ibu... Tenang jiwa ibu.. Doa dan harapan ibu terletaknya pada sayang supaya menjadi anak yang solehah dan sentiasa menjaga kehormatan diri dan tidak mempersiakan pengorbanan ibu selama ini.
Mutiara Kata
KHAS buat IBU Tercinta
bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
18 February 2009
Hari Yang Bahagia..
Malamnya pulak aku dan family membawa dania menikmati keindahan malam di 'PESTA PENANG' riuh rendah suasana disana terumatanya di kawasan mainan. pelbagai jenis mainan yang ada diantaranya buaian pusing, top gun, keretapi. rumah hantu, kereta laga dan banyak lagi tak terkira ramainya manusia yang meminati permainan ini tak ketinggalan jugak anakku dania amani. dialah orang pertama dikalangan familyku yang 'petrify'. semua mainan dia nak main, tengoklah gambar diatas siap melambai tangan lagi. comelkan dania naik kuda kepang.
'
17 February 2009
KELAHIRAN PUTERI HATI IBU
Taman Rama-rama
16 February 2009
GeNap 7 hArI CuKur RaMBut
'