07 March 2012

Impian tidak kesampaian

Tidak disangka doa selama nak pergi ke Mekah termakbul. Cuma aku tidak dapat

12 August 2010

PERLIS : seronok giler.. dapat bersama kengkawan. masa 2 ada pertandingan persahabat bola jaring dan bola sepak dengan JPN Kedah. Kebetulan kami selitkan program kami g shopping dan melihat keindahan ciptaan tuan.. shopping di Padang Besar, ramai sungguh orang, nak tawar menawarpun x dilayan.. mahal..

yang bestnya dapat g gua kelam, posing mautnya...




12 May 2010

2010 tahun Yang Bermakna

9 april 2010 (Jumaat), Nuur Raiyhaan Saafiyyah binti Husin telah dilahirkan awal pada tarikh yang dijangka.. 2 hari kemudian 11 april 2010 ulangtahun kelahiran Dania Amani (anak kesayanganku) yang ke-3, pada 14 april 2010 ulangtahun kelahiran Muhammad Rozi bin Ismail (adikku), dan pada 24 april 2010 ulangtahunku ke-32, dah semakin dewasa diriku dan semakin bertambah bilangan ahli keluarga tokwan mail & mak tok zah.

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi, segala usaha, berkat kesabaran, doa kalian dan diriku Allah telah memberi aku sinar baru dalam hidupku.. aku dapat bersama dengan anakku kambali..

Tahun 2010 penuh bermakna dalam hidupku, dapat bersama menyambut hari lahir, menyambut hari ibu dengan anakku, dah banyak tempat yang kami lawati bersama... wa gembiranya dania..

baru2 ini kami telah pergi bercuti di Sabah.. terima kasih Mak dan Ayahku telah sponsor sepenuhnya perjalanan, penginapan dan makan, minum kami berdua... gembira sungguh dania dapat naik kapal terbang.. sampaikan rombangan kami tidak sunyi dengan telatah anakku.. semuanya sayanngkan dia... dania suka berceloteh sehinggakan orang yang tidak mesra dengan dia menjadi mesra dan rapat.. kebetulan mak saudara dania tingal di sana. terima kasih segala nya

15 October 2009

CeRiTa TelaDan

Kisah pohon epal..

"Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu...

Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon apel tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu." Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu." Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pohon apel itu berkata,

"Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kauinginkan."Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu...Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu."Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya anak itu."

Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pohon epal itu memberikan cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon apel itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon apel itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon apel itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon apel itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu." Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yangsuka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai boat. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu."

Aku tidak mempunyai boat untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini boat. Kau akan dapat belayar dengangembira," kata pohon apel itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon apel itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon apel itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon apelitu."

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akaryang hampir mati..." kata pohon apel itu dengan nadapilu."Aku tidak mahu apelmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana akusudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, akumerasa lelah dan ingin istirahat," jawab lelaki tuaitu."

Jika begitu, istirahatlah di perduku," kata pohon apel itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.Tersebut.

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup. Anda mungkin terfikir bahawa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon apel itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa ibu bapa mereka.

ingatlah selagi ibu dn bapa masih brnafas di muka bumi ALLAH ini…SAYANGI mereka..kerana pabila mereka telah kembali ke alam baqa’..tiada guna untuk merintih dan menyesal…

"cerita ini banyak memberi erti dlm hidupku ditambahkan sekarang aku telah menjadi ibu.. baru aku mengerti sebuah pengorbanan"

kepada ibuku... terima kasih atas segala-galanya.



29 August 2009

KEPULANGAN YANG DINANTIKAN

Alhamdulillah syukur kepada Allah... penantian selama ini berakhir dengan kegembiraan dan kebahagian. Pada 11 september 2009 bersamaan 21 ramadan 1430 anak kesayanganku telah kembali kepangkuan. gembiranya dihati.
Benar kata2 sanak-saudara, rakan2 bulan ramadan segala yang dihayati akan diperolehi sekiranya kita benar2 mohon kepada yang Maha Esa.

18 August 2009

KELAHIRAN SEPUPU DANIA

16 Ogos 2009, bersamaan 25 Syaaban 1430 kelahiran Nur Amira Batrisya anak adikku pada pukul 12.44 tgh. Sekarang Dania ada sepupu baru. Wajahnya seiras Dania & Shafinas anak abang sulongku. wah, sekarang cucu Wan ismail dan mak tok zizah dah ramai. Bila dihitung sudah mencecah 8 orang cucu (6 perempuan 2 lelaki). Raya tahun ini akan bertambah meriah.
Ibu harap sayang ibu dapat beraya bersama ibu ye....
Semua nantikan sayang....

14 August 2009

KEDATANGAN BULAN RAMADHON YANG MULIA

14 Ogos 2009, Jumaat bersamaan dengan 23 Syaaban 1430, hanya tinggal lagi seminggu umat islam akan menyambut bulan puasa. Unit Pendidikan Islam di tempat kerjaku telah mengadakan Program Di Ambang Ramadhon. Penceramah datang khas daripada Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, Jitra bernama Tn Syeikh Ahmad Faisol bin Hj Osman.
Sebelum ceramah diadakan semua kakitangan Jabatan Pelajaran di kehendaki membaca Yassin bagi menyelak penularan H1N1 yang semakin meningkat. Aku mengambil kesempatan bacaan dan doa daripada Al Fadzil Ustad Sobri menadah tangan berdoa agar anakku Dania Amani kembali kepadaku. Sudah lama aku beruasaha dan bersabar mudah-mudahan Allah Taala mempekenalkan permintaanku.
Hatiku sayu....
Tidak henti2 aku tetap setia mengatakan anakku pasti dapat berhari raya bersama denganku.
Pada jam 9.00pg cemarah bermula. Pada mulanya bila melihat orang yang akan memberikan ceramah, dilihat dari fizikalnya macam bersahaja aje. Bermain2 difikiranku. Adakah ceramahnya menyeronokkan atau sebaliknya. Rupa2nya pada ceramah yang disampaikan tidak menjemukan semua yang hadir memberi tumpuan dan gelak tawa. Pandai Tn Syeikh Ahmad Faisol menarik perhatian peserta. Banyak manfaat dan ilmu2 berguna tentang puasa( amalan, kebaikan) kami semua perolehi. Tidak dapat aku lupakan setiap ilmu yang diberikan akan aku manfaatkan sebaiknya seperti mana kata-kata Nabi Muhammad "tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahat"

12 August 2009

TakLiMat PinjAman PeruMAhan

Hotel Cititel Penang, 12 Ogos 2009. aku bersama sahabatku dayang telah diarahkan oleh Puan Maizon pegawai kanan unit aku untuk menghadiri taklimat pinjaman perumahan. Pada mulanya aku menjangkakan peserta yang hadir terdiri daripada staf pelajaran. Tekaanku meleset sama sekali, rupa2nya banyak jabatan yang terlibat diantaranya Jabatan Tanah, PDC, MSN, SUK, Mahkamah, JPS, Pemaju dan sebagainya. Wah... seronok sungguh dapat berkenalan dengan ramai peserta.

Gembira rasanya dihatiku sekian lama telah aku tunggu untuk menghadiri taklimat tersebut akhirnya tercapai juga impianku. Tujuannya aku ingin mendalami ilmu tersebut, memandangkan guru2, kawan2 dan mak saudaraku seringkali bertanyakan hal berkaitan perumahan kepada ku. kadang2 rasa geram kerana tidak dapat menjelaskan sepenuhnya kepada mereka. ilmu yang adapun sedikit sangat. Hasil penerangan sahabat baikku dahulu Puan Norhaliza Khalid.

Alhamdullilah aku berasa sungguh bangga. Penerangan daripada Tuan Haji Rahman bin Ahmad(perumahan), Tuan Adam bin Samsudin sangat jelas dan mudah difahami. Aku bertambah gembira kerana dapat menjawab soalan yang diberikan oleh penyelaras ATIQA Takaful, hasilnya aku mendapat hadiah "FRIME bunga" sangat cantik dilihat.. sekarang aku semakin berani untuk bertanya. Soalan demi soalan aku telah lontarkan kepada Haji Rahman. Aku semakin puas sekarang masalah mak saudaraku telah aku ketahui. Rupa2nya banyak perkara yang kita perlu ketahui sebelum membuat sesuatu pinjaman ajar kita tidak mudah ditipu oleh orang..

27 July 2009

Hidup INI BaNyak UjiAn Dan DuGaan

Pada jam 6.45petang, hari isnin, bertarikh 27.07.09 aku bersama-sama along singgah di KFC Seberang Jaya. Entahla tiba2 aku rasa lapar yang teramat sangat. Memandangkan tempat itu mempunyai pelbagai kemudahan aku mengambil keputusan untuk singgah disitu. Tujuan utama nak makan, kedua ambil duit kebetulan aku akan menghadiri kursus PTK anjuran KPM. Setibanya aku diperkarangan tempat letak kereta diantara KFC dan Petronas aku dikejutkan dengan seorang pemuda dalam linggungan umur lewat 30an datang menerpa kearahku dan along. Aku tiba2 terpaku dan terus keluarkan 3 keping duit RM1 dan berikan kepada pemuda itu, dalam hatiku pemuda itu akan terus beredar sekiranya sudah mendapat imbuhan tetapi sebaliknya. Pemuda itu menyatakan dia bukan peminta duit tetapi ingin menjual keropok bagi menampung hidupnya. Terkedu aku dibuatnya sambil diperhatikan oleh along disisi.

Pada dasarnya bukan niat aku ingin memandang serong terhadapnya tepi cara pakaian, serbuannya terhadap kami membuatkan aku panik, atas tujuan ingin menyelakkan berlakunya perkara yang tidak diingin. Tambahan pulak keluargaku sentiasa berpesan jaga diri memandangkan sudah banyak orang terkena dengan ilmu pukau.

Bila pemuda itu beredar tanpa ambil duit yang aku berikan terdetik dihatiku masih ada orang yang sanggup mencari hasil pendapatan yang halal walaupun kehidupannya miskin. Bila terkenangkan nasib pemuda itu, alangkah bertuahnya nasib aku daripadanya. Walaupun aku diuji cuma sedikit sahaja berbanding dengan dirinya. Aku masih mempunyai anak, keluarga, kawan2 yang memberi semangat kepada diriku. Bagaimana pulak sekiranya aku berada ditempatnya mungkin aku akan memberontak.

Terima Kasih Ya Allah, Kau telah memberi kekuatan kepadaku dan anakku.

17 May 2009

sELAmaT hARi IBU


DANIA sayang IBU...
keceriaan terpandar diwajahMu SAYANGKU..
IBU pun SAYANG DANIA>>>

11 April 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang Ke-2 Anakku Sayang..


Hari ini genaplah usia anakku Dania Amani dua tahun mengikut kalendar masehi. Hiba rasa hati apabila saat-saat indah ini dirinya tiada di sisi. Hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaanku ketika ini. Apapun ibu doakan agar anak ibu sihat walafiat, menjadi anak yang solehah dan doakan agar Ibu tabah menghadapi ujian ini ya sayang. Insya'Allah kita akan dipertemukan juga suatu hari nanti. Jaga diri elok-elok. Semoga Allah merahmati dirimu sayang.
'
'
'

09 April 2009

Lirik lagu GEMURUH

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu

Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
'
'
'

24 March 2009

DON'T BE SAD / JANGAN MENANGIS

Pada hari Jumaat 20 Mac 2009 bersamaan dengan 23 Rabiulawwal 1430 aku telah menerima senaskah buku bertajuk Don't be sad /Jangan Menangis / La Tahzan dari abangku semperna hari ulangtahun kelahiran anakku Dania Amani mengikut bulan islam.

Terpegun aku melihat caver buku tersebut, sangat cantik bewarna kuning berlatar belakang bunga teratai, sangat mengasyikkan, tenang hatiku. tak jemu aku pandang. bila aku membuka dan melihat isi kandungan buku tersebut hatiku bertambah teruja dan terpesona dengan kata-kata penulis tersebut. Penulis buku ini asalnya dari Indonesia. Setiap hari aku akan membaca dan menghayati bait-bait puisi dan ungkapan-ungkapan indah membuatkan hatiku semakin bersemangat untuk berusaha, berdoa dan tawakal.

Banyak pengajaran dan iktibar dari cerita-cerita zaman nabi dan zaman sekarang sebagai panduan pembakar semangatku. Kata-kata yang tersemat dalam ingatanku "MASA KEHIDUPANKU HANYA PADA HARI INI" kata-kata ini banyak mengajar aku erti menghargai masa mengingati Allah dalam keadaan senang dan susah.
Aku menjadikan ianya sebagai perinsip hidupku. Prinsip inilah yang akan menyibukkan diriku setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, sekaligus akan berusaha meningkatkan mutu kerja

'
'
'

09 March 2009

PESANAN TERAKHIR RASULULLAH S.A W.

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia tidak berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
'
'
'

MutiARA MINda

'
'

03 March 2009

UJIAN MELANDA

Ya Allah..


Bertapa beratnya ujian ini. Sehinggakan aku tidak dapat menanggungnya. Aku semakin lemah. Ya Allah tolonglah aku. Betapa aku takut kehilangan anakku disisi. semoga setiap apa yang telah mereka lakukan terhadap aku, anakku dan seluruh keluargaku mendapat pembalasan kembali. Semoga aku tidak tewas dan putus asa dalam menghadapi ujian darimu Ya Allah.


Sesungguhnya Engkaulah lebih mengetahui apa yang akan terjadi dan yang terbaik untuk hambamu ini.
'
'
'

22 February 2009

MeMOri SilAM

Sayang,
Ibu merindui dirimu dikala ini,
Bila terkenangkan dirimu, ibu hanya dapat menatap gambarmu sayang. Terkenang saat-saat kita bersama. Kadang-kadang difikirkan alangkah bagusnya sayang masih berada didalam kandungan ibu. Kita tidak akan dipisahkan. Seperti sekarang. Tapi apakan daya sudah ditakdirkan kita terpisah seketika. Mungkin ada sebabnya. Sabarlah sayang.

Sayang
Mengimbau kenangan dulu ketika mengandungkan sayang, rezeki ibu semakin bertambah. Ibu dapat menyertai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja(KMK) Jabatan Pelajaran, ibu merupakan insan yang terpilih. Melalui kumpulan ini ibu dapat mempelajari banyak ilmu sayang. Hatta, ibu dapat melawati negeri-negeri yang tidak pernah ibu sampai di sana terutamanya Negeri Kelantan, Terengganu, Pulau Langkawi, Bali Indonesia dan hotel-hotel yang menarik. Tuah sayang menyababkan Kumpulan ini memenangi tempat pertama 2 tahun berturut-turut. Sehinggakan ahli kumpulan ini memanggil sayang anak KMK.
'
Sayang
Dengan kemenangan itu, kami telah dihadiahkan menjadi pemerhati ICQCC 2008 di Discovery Kartika Plaza Hotel Bali keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh KPM. Masa itu sayang berumur 5 bulan kandungan. Ibu bangga dapat membawa sayang bersama.
'
'
'