12 August 2009

TakLiMat PinjAman PeruMAhan

Hotel Cititel Penang, 12 Ogos 2009. aku bersama sahabatku dayang telah diarahkan oleh Puan Maizon pegawai kanan unit aku untuk menghadiri taklimat pinjaman perumahan. Pada mulanya aku menjangkakan peserta yang hadir terdiri daripada staf pelajaran. Tekaanku meleset sama sekali, rupa2nya banyak jabatan yang terlibat diantaranya Jabatan Tanah, PDC, MSN, SUK, Mahkamah, JPS, Pemaju dan sebagainya. Wah... seronok sungguh dapat berkenalan dengan ramai peserta.

Gembira rasanya dihatiku sekian lama telah aku tunggu untuk menghadiri taklimat tersebut akhirnya tercapai juga impianku. Tujuannya aku ingin mendalami ilmu tersebut, memandangkan guru2, kawan2 dan mak saudaraku seringkali bertanyakan hal berkaitan perumahan kepada ku. kadang2 rasa geram kerana tidak dapat menjelaskan sepenuhnya kepada mereka. ilmu yang adapun sedikit sangat. Hasil penerangan sahabat baikku dahulu Puan Norhaliza Khalid.

Alhamdullilah aku berasa sungguh bangga. Penerangan daripada Tuan Haji Rahman bin Ahmad(perumahan), Tuan Adam bin Samsudin sangat jelas dan mudah difahami. Aku bertambah gembira kerana dapat menjawab soalan yang diberikan oleh penyelaras ATIQA Takaful, hasilnya aku mendapat hadiah "FRIME bunga" sangat cantik dilihat.. sekarang aku semakin berani untuk bertanya. Soalan demi soalan aku telah lontarkan kepada Haji Rahman. Aku semakin puas sekarang masalah mak saudaraku telah aku ketahui. Rupa2nya banyak perkara yang kita perlu ketahui sebelum membuat sesuatu pinjaman ajar kita tidak mudah ditipu oleh orang..

No comments:

Post a Comment