14 August 2009

KEDATANGAN BULAN RAMADHON YANG MULIA

14 Ogos 2009, Jumaat bersamaan dengan 23 Syaaban 1430, hanya tinggal lagi seminggu umat islam akan menyambut bulan puasa. Unit Pendidikan Islam di tempat kerjaku telah mengadakan Program Di Ambang Ramadhon. Penceramah datang khas daripada Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, Jitra bernama Tn Syeikh Ahmad Faisol bin Hj Osman.
Sebelum ceramah diadakan semua kakitangan Jabatan Pelajaran di kehendaki membaca Yassin bagi menyelak penularan H1N1 yang semakin meningkat. Aku mengambil kesempatan bacaan dan doa daripada Al Fadzil Ustad Sobri menadah tangan berdoa agar anakku Dania Amani kembali kepadaku. Sudah lama aku beruasaha dan bersabar mudah-mudahan Allah Taala mempekenalkan permintaanku.
Hatiku sayu....
Tidak henti2 aku tetap setia mengatakan anakku pasti dapat berhari raya bersama denganku.
Pada jam 9.00pg cemarah bermula. Pada mulanya bila melihat orang yang akan memberikan ceramah, dilihat dari fizikalnya macam bersahaja aje. Bermain2 difikiranku. Adakah ceramahnya menyeronokkan atau sebaliknya. Rupa2nya pada ceramah yang disampaikan tidak menjemukan semua yang hadir memberi tumpuan dan gelak tawa. Pandai Tn Syeikh Ahmad Faisol menarik perhatian peserta. Banyak manfaat dan ilmu2 berguna tentang puasa( amalan, kebaikan) kami semua perolehi. Tidak dapat aku lupakan setiap ilmu yang diberikan akan aku manfaatkan sebaiknya seperti mana kata-kata Nabi Muhammad "tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahat"

No comments:

Post a Comment